Baitul Muslim

Siapkanlah diri kami ini. Amiin.

Thursday, March 16, 2006

Istiqamahkan dan mantapkan diri kami...

Amiin!

Wednesday, March 15, 2006

Akhirnya .. penantianku dan dia berakhir.

Pada 11 Mac 2006 jam 10 malam di Taman Melawati aku melafazkan :

"Aku terima nikahnya Amy Mawarni Bt Md Yusoff dengan maskahwinnya RM80 TUNAI!"

Suatu sejarah baru telah bermula dalam diri 'kamy' ....

Sunday, February 27, 2005

Di belakang setiap lelaki yang berjaya ada seorang wanita. Di sini dapat dilihat kebenaran pada sejarah kita. Rasulullah sewaktu awal perjuangannya, disokong dan dikuatkan oleh Siti Khadijah. Namun, pernah atau tidak kita membaca atau menemui kisah khadijah di saat ini?

Tiada atau amat sedikit sekali. Namun tatkala khadijah meninggal dunia, nabi berasa amat sedih. Betapa besar sumbangan wanita, meskipun tak kelihatan di hadapan. Tanpa mereka, ibarat si buta kehilangan tongkat.

Thursday, October 28, 2004

Dia sebaik2 perancang ....

Sunday, September 19, 2004

Brsihkanlah hati kami. Amiin.
Aku risau. Dia lagi risau. Ditambah dengan beberapa peristiwa yang menyukarkan lagi apa yang kami rancang. Semakin sukar jalan yang kami lalui. Entah apa lagi ujian yang akan datang. Wahai tuhan, kuatkanlah semangat kami.

Di pihak aku, ingin aku bercerita. Untuk ingatan kepada diriku yang amat lemah ini. Selama aku di sini, setelah bergelar seorang pekerja, begitu banyak pengalaman dan pemikiran yang aku lihat dan rasai. Semuanya mematangkan aku dan membuka minda aku berkenaan realiti alam dewasa ini.

Begitu banyak yang aku dapat dari mereka yang berumahtangga.Tapi ini dari kalangan mereka yang biasa. Di saat mereka mula hidup bersama, bertambahlah tanggungjawab kita, terutamanya di pihak lelaki. Kita ketika itu sudah memiliki dua emak, dua ayah, empat datuk dan empat nenek, dan bertambahlah adik-beradik kita. Kita ketika itu akan berfikir lebih panjang pada setiap tindakan kita, kerana dahulu kita hanya consider diri kita, tapi masa itu kita akan consider dia dan beberapa orang lagi. Barangkali itulah yang menyebabkan mereka mendirikan rumahtangga lambat sedikit dalam usia.

Huh. huh. Orang yang hebat pun ada juga. Mereka adalah manusia yang luar biasa. Mereka mendirikan rumah muslim dengan cara yang orang susah nak terima. Tapi still diterima. Mereka memilih berdasarkan apa yang manusia tak pilih, iaitu kefahaman dan keimanan. Mereka melihat kepada hati si dia, bukan luarnya. Namun, selepas mendirikan rumah muslim, tidak banyak ku ketahui apa yang terjadi.Apa yang aku nampak, mereka saling kuat menguatkan demi jalan ini.

Aku masih belum tahu, kerana aku masih di sini. Batu bata belum siap diletakkan lagi.

Wednesday, August 25, 2004

Hanya Dia kita minta tolong.

Hanya Dia yang kita serahkan segala keputusan.

Hanya Dia yang akan mendatangkan pertolongan dari jalan yang tak disangka.

Kita? Kita hanyalah berusaha!

Monday, August 16, 2004

Entahlah. Begitu lama menunggu. Adakah aku benar2 berusaha?
Today I just knew. Actually some of people over here know about this BM thingy. Well, it is like what I knew. It is what they understand. A very interesting finding indeed.