Aku risau. Dia lagi risau. Ditambah dengan beberapa peristiwa yang menyukarkan lagi apa yang kami rancang. Semakin sukar jalan yang kami lalui. Entah apa lagi ujian yang akan datang. Wahai tuhan, kuatkanlah semangat kami.
Di pihak aku, ingin aku bercerita. Untuk ingatan kepada diriku yang amat lemah ini. Selama aku di sini, setelah bergelar seorang pekerja, begitu banyak pengalaman dan pemikiran yang aku lihat dan rasai. Semuanya mematangkan aku dan membuka minda aku berkenaan realiti alam dewasa ini.
Begitu banyak yang aku dapat dari mereka yang berumahtangga.Tapi ini dari kalangan mereka yang biasa. Di saat mereka mula hidup bersama, bertambahlah tanggungjawab kita, terutamanya di pihak lelaki. Kita ketika itu sudah memiliki dua emak, dua ayah, empat datuk dan empat nenek, dan bertambahlah adik-beradik kita. Kita ketika itu akan berfikir lebih panjang pada setiap tindakan kita, kerana dahulu kita hanya consider diri kita, tapi masa itu kita akan consider dia dan beberapa orang lagi. Barangkali itulah yang menyebabkan mereka mendirikan rumahtangga lambat sedikit dalam usia.
Huh. huh. Orang yang hebat pun ada juga. Mereka adalah manusia yang luar biasa. Mereka mendirikan rumah muslim dengan cara yang orang susah nak terima. Tapi still diterima. Mereka memilih berdasarkan apa yang manusia tak pilih, iaitu kefahaman dan keimanan. Mereka melihat kepada hati si dia, bukan luarnya. Namun, selepas mendirikan rumah muslim, tidak banyak ku ketahui apa yang terjadi.Apa yang aku nampak, mereka saling kuat menguatkan demi jalan ini.
Aku masih belum tahu, kerana aku masih di sini. Batu bata belum siap diletakkan lagi.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home